Style Rambut Lelaki DITUKAR DALAM 88 SAAT [Ai image generator]
- hobiphotoshop
- 8 Jul 2024
- 2 min membaca

Teknologi Ai Image Generator atau secara umumnya dikenali dengan istilah Artificial Intelligence, telah banyak membantu di dalam dunia reka bentuk.
...............................
Kursus Online Percuma Photoshop :
................................
Satu lagi istilah yang begitu rapat dengan istilah tersebut ialah "Ai Boom" atau "Ai Spring", yang merujuk kepada kepesatan pembangunan dunia Ai di seleuruh dunia.
Pada saat blog post ini ditulis (Julai 2024), syarikat-syarikat gergasi yang berasaskan Ai ini sangat berkembang dengan pantas.
Antara syarikat - syarikat tersebut adalah pembangun chip komputer terkemuka dunia iaitu Nvidia, AMD, dan lain-lain.
Syarikat-syarikat berkaitan lain seperti Microsoft, Intel dan Apple juga tidak terkecuali di dalam perlumbaan pembangunan teknologi Ai ini.
Harga saham syarikat-syarikat gergasi ini telah menaik ke paras tertinggi dalam sejarah bagi harga seunit saham masing-masing.
Perkembangan ini turut melibatkan perisian-perisian komputer yang tidak ketinggalan di dalam perkembangan teknologi Ai ini.
Syarikat perisian terkemuka dunia iaitu Adobe Inc. , telah menambah satu fungsi Ai di dalam beberapa perisian komputer mereka.
Antara perisian tersebut ialah perisian Adobe Photoshop.
Seperti gambar yang anda lihat di atas, ketiga-tiga lelaki tersebut merupakan individu yang sama.

Lelaki yang di tengah merupakan lelaki yang asal dengan style rambutnya yang asal.
Manakala dua lagi lelaki yang sama di kiri dan kanan, telah ditukar style rambutnya dengan menggunakan teknologi Ai.
Apa yang menarik, kedua-dua style rambut baru tersebut dihasilkan hanya di dalam masa 88 saat sahaja.
Ini sangat berbeza dengan perisian Adobe Photoshop tanpa teknologi Ai versi dahulu kala.
Jika proses editing yang sama ingin dilakukan menggunakan perisian Adobe Photoshop versi lama, pasti ianya memakan waktu beberapa jam.
Pelajari teknik Ai Image generator yang menarik ini dengan klik pada gambar di bawah :
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MENONTON TUTORIAL INI
................................
Follow juga kami di : Website : https://www.kelasphotoshop.com/
Facebook : https://facebook.com/kelasphotoshop2023
Instagram : https://instagram.com/kelasphotoshop2023
Tiktok : https://tiktok.com/@kelasphotoshop
Twitter : https://twitter.com/kelasphotoshop
Pinterest : https://www.pinterest.com/kelasphotoshop




Komen