Artificial INTELLIGENCE (Ai) dalam photoshop
- hobiphotoshop
- 6 Jul 2024
- 1 min membaca

😊 Dunia teknologi kini telah melahirkan satu bidang yang kian popular iaitu artificial
intelligence ( AI ) atau di dalam Bahasa Malaysia dikenali dengan istilah kecerdasan buatan.
KURSUS ONLINE PERCUMA PHOTOSHOP
Pelbagai pembangun perisian kelihatan berlumba-lumba untuk menghasilkan perisian AI
sendiri selari dengan perkembangan bidang ini.
Syarikat gergasi perisian komputer Adobe Inc. juga tidak ketinggalan di dalam membangunkan teknologi AI ini.
Salah satu perisiannya iaitu Adobe Photoshop, telah dilengkapkan dengan teknologi AI yang
dikenali dengan nama Generative Fill.
Generative Fill ini mempunyai konsep yang sama seperti perisian AI yang lain, iaitu menggunakan "prompt" untuk menghasilkan output yang dikehendaki.
Seperti gambar yang anda lihat di atas, gambar tersebut merupakan salah satu output
daripada fungsi AI di dalam perisian Adobe Photoshop.
Gambar di sebelah kiri merupakan gambar asal. Kemudian, ditukar kepada gambar
sebelah kanan, hanya di dalam beberapa saat.
Sebelum wujudnya teknologi AI, proses editing Photoshop untuk menukar gambar wanita berhijab kepada wanita berhijab, akan mengambil masa yang lama.
Namun, proses itu telah dipendekkan dengan adanya teknologi AI di dalam Photoshop.
Jika anda berminat untuk mengetahui cara edit sepantas itu, anda boleh tonton tutorial pada link dibawah :
Sekian terima kasih 😊



Komen