top of page

APA ITU PHOTOSHOP?

  • Writer: hobiphotoshop
    hobiphotoshop
  • 7 Jan 2024
  • 2 min membaca

Updated: 17 Jun 2024

Apa itu photoshop dan apakah fungsi photoshop ?


Secara asasnya, Photoshop adalah sebuah software/perisian komputer yang digunakan untuk tujuan menyunting/memanipulasi gambar. Dalam bahasa mudahnya, fungsi Adobe Photoshop adalah salah satu seni meng- edit gambar. Fungsi Photoshop yang lainnya adalah seperti membuat asas 3D, asas animasi dan asas video. Kursus Photoshop juga sangat banyak ditawarkan diluar sana sama ada di dalam, mahupun luar negara. Di channel youtube kami yang diberi nama Kelas Photoshop, ada kami ajarkan cara-cara untuk menggunakan software ini.


Software photoshop merupakan aplikasi yang dikembangkan oleh syarikat terkemuka dunia di USA iaitu Adobe Inc. Pada saat post ini ditulis ( 7.1.2024 ), syarikat Adobe Inc. ini telah tersenarai di dalam pasaran equiti USA, dan telah termasuk di antara 100 syarikat teknologi terbaik di USA dengan market cap bernilai 257 billion US Dolar. Hebat kan ? Sebab itulah terdapat banyak kursus photoshop yang mengajar orang ramai tentang software ini.


Tidak kurang juga di dalam sistem pendidikan Malaysia kita di peringkat menengah. Para pelajar sudah pun didedahkan dengan software-software grafik melalui subjek Grafik Komunikasi Teknikal (GKT). Selain itu, Sekolah Seni Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melahirkan pelajar-pelajar muda yang mampu menggunakan software-software grafik seperti Adobe Photoshop ini.


Jadi, apa yang software Photoshop ni mampu hasilkan ya ? Editing dengan teknik yang macam mana ? Jom kita tengok contoh di bawah ni : -


Di bawah ni merupakan paparan aplikasi Photoshop. Satu gambar kucing dibuka di dalam aplikasi ini, dan cara edit gambar ditunjukkan seperti di bawah.


ree


Kemudian, kucing ini diasingkan daripada background nya seperti gambar di bawah. Walaupun helaian bulu kucing tu agak sukar untuk diasingkan daripada background, namun Photoshop

tidak mempunyai masalah untuk mengasingkannya dengan baik.


ree


Dan di bawah ini adalah hasilnya, menarik bukan ?



ree


Di bawah ini 1 lagi contoh, dimana background gunung-ganang berserta landscape bandaraya, ditukar menjadi landscape pergunungan bersalji.


ree



ree



ree

Itu lah serba sedikit asas untuk anda ketahui apakah itu Photoshop yang selalu kita dengar orang ramai cakapkan tu kan. Tapi ini baru sikit je, Photoshop bukan sekadar edit gambar semata-mata, tetapi ada banyak lagi yang mampu Photoshop ni lakukan di dalam bidang editing ini. Kalau tak, takkan lah software ini dibangunkan oleh

sebuah syarikat besar seperti Adobe di US betul tak ? Kursus Photoshop ini jugak ditawarkan dengan sangat meluas sama ada di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa.


Jika anda berminat untuk pelajari software ini dengan lebih lanjut, kami ajarkan secara PERCUMA sahaja di saluran Youtube kami. Saluran Youtube yang diberi nama " Kelas Photoshop " ini, mengajar anda software Adobe Photoshop ini dari asas sehingga mahir. Ianya seperti anda menghadiri kursus Photoshop sebenar .


Anda boleh klik link di bawah ni untuk ke saluran Youtube yang dimaksudkan.




Jumpa anda disana ya (^^ )




 
 
 

Komen


HUBUNGI KAMI

Kelas Photoshop,

Hobi Photoshop

Kuala Lumpur, Malaysia, 

​​

Tel: 0176140561

​

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page