APA ITU GRAFIK/GRAPHIC DESIGN?
- hobiphotoshop
- 9 Jan 2024
- 2 min membaca
Updated: 17 Jun 2024

Kursus Photoshop dengan grafik ni memang tak boleh dipisahkan. Mereka yang mempelajari software Photoshop ni mesti tahu apa itu grafik, terutamanya mereka yang mengambil jurusan graphic design.
Tapi, apakah sebenarnya grafik ni?
Grafik merupakan perkataan Bahasa Malaysia yang diambil daripada
bahasa Inggeris iaitu "graphic" . Grafik bermaksud apa-apa gambar,
rekabentuk gambar, diagram dan yang seumpama dengannya, yang
selalunya telah diubahsuai menjadi satu rekaan yang menarik.
Kalau pada zaman kini, cakap je grafik, mesti Canva yang akan terkeluar
di minda anda kan ? (^^ ). Tapi tak kurang hebatnya juga dengan software
Adobe Phtotoshop. Photoshop juga adalah salah satu software graphic design
yang hebat.
Di Channel Youtube kami yang diberi nama" Kelas Photoshop " , kami ajarkan
ilmu-ilmu grafik ini, seperti Kursus Photoshop sebenar.
Anda boleh klik link bawah ini jika ingin pelajarinya :
Baik, kita sambung semula,
Di bawah ini merupakan grafik sebuah kamera. Ini bermaksud,
sebuah gambar kamera yang telah diubahsuai kepada rupa rekabentuk
baru yang kelihatan lebih menarik. Inilah contoh grafik yang paling mudah.

Namun, di dalam konteks bidang rekabentuk grafik, istilah"Rekabentuk grafik" itu membawa
definisi yang lebih luas. Ianya bukan sekadar gambar yang telah diubahsuai,
malah merangkumi text ( juga dikenali dengan istilah typography ), gambar,
dan illustrasi ( lukisan ). Contohnya seperti iklan di bawah. Iklan ini merupakan
contoh rekabentuk grafik yang mempunyai illustrasi/lukisan bunga dan text.
Kesemua elemen ini dikenali dengan istilah grafik.

Dahulunya, grafik dihasilkan secara manual. Kini, dengan kewujudan media digital, grafik
juga boleh dihasilkan secara digital. Oleh yang demikian, wujud software-software
penghasilan grafik seperti Adobe Photoshop, Canva, Figma, dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, grafik dan bidang rekabentuk grafik membawa peranan yang besar
di dalam kehidupan seharian kita. Peranan yang paling utama ialah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Sebagai contoh, grafik digunakan di dalam perniagaan melaui poster-poster iklan untuk menarik pelanggan. Grafik digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyampaikan maklumat kesihatan, grafik berperanan di dalam media massa untuk menyampaikan maklumat-maklumat semasa.
Grafik juga telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah di Malaysia. Terdapat 1 subjek di peringkat sekolah menengah, yang dikenali dengan nama Grafik Komunikasi Teknikal.
Itu lah serba sedikit info yang anda perlu tahu tentang apakah itu grafik.
Di Channel Youtube kami iaitu Kelas Photoshop, kami ajarkan cara-cara untuk membuat
rekabentuk grafik ini seperti yang diajar dalam kursus photoshop di luar sana.
Sesuai untuk anda yang berminat untuk belajar secara online dan PERCUMA, anda boleh
klik link di bawah ini ya :
Follow juga kami di sini ya :
Website : www.kelasphotoshop.com
Facebook : https://facebook.com/kelasphotoshop2023
Instagram : https://instagram.com/kelasphotoshop2023
Tiktok : https://tiktok.com/@kelasphotoshop
Twitter : https://twitter.com/kelasphotoshop
Pinterest : https://www.pinterest.com/kelasphotoshop



Komen