9 LANGKAH Edit Video ALA Hollywood
- hobiphotoshop
- 15 Jun 2024
- 2 min membaca

Di dalam artikel kali ini, kami kongsikan 9 Langkah cara edit video Dataran Langkawi seakan filem Hollywood, seperti potongan video di atas. ( Versi video terdapat di bahagian bawah posting ini )
Jom kita mulakan,
Langkah 1

Anda perlu cari video langkawi di laman web www.pixabay.com
Pastikan video yang anda download adalah video Percuma tanpa bayaran.
Pastikan juga jenis video PERCUMA tersebut adalah video yang mempunyai lesen jenis "Personal Use" atau "Non-commercial".
Kedua-dua jenis lesen ini merupakan lesen yang membenarkan orang ramai menggunakannya bagi tujuan yang bukan untuk mendapatkan keuntungan.
Maknanya, jika anda gunakannya untuk tujuan belajar bagi pihak diri anda , itu memang dibenarkan.
Langkah 2

Anda perlu download 3D model kapal angkasa di laman web www.sketchfab.com
Langkah 3

Import video Langkawi ke dalam software Adobe After Effects.
Langkah 4

Kemudian, apply effect 3D Camera Tracker bagi menandakan ruang-ruang 3D pada video tersebut, bagi memastikan 3D model kapal angkasa tadi dapat dimasukkan ke dalam ruang video dengan perspektif dan ruang yang betul.
Langkah 5

Selaraskan 3D model angkasa ke dalam ruang video dengan baik.
Langkah 6

Kemudian, duplicate 3D model kapal angkasa secara menegak & flip sebanyak 180 darjah. Ini bertujuan untuk membuat reflection bagi kapal angkasa tersebut.
Langkah 7

Seterusnya, apply teknik rotoscoping ( garisan purple ) pada air tasik. Ini bagi tujuan memastikan reflection kapal angkasa tersebut hanya kelihatan pada air tasik sahaja.
Langkah 8

Kemudian, tambahkan effect Lens flare bagi mewujudkan elemen dramatik pada keseluruhan video.
Langkah 9

Langkah terakhir, render keseluruhan video untuk menjadinya satu final video.
Begitulah 9 langkah cara edit video ala Hollywood dengan menggunakan landskap Dataran Langkawi. Mudah-mudahan, dengan teknik ini mampu membantu anda mempelajari cara editing video yang baik ala-ala Hollywood.




Komen